Kegunaan Petola bulat

Buah mudanya dituai sebagai sayur. Apabila buah ini menjadi terlalu tua, isi jaringan xilemnya menjadi keras yang boleh digunakan sebagai bahan penggosok seakan span selepas dikeringkan.[1]

Biji-bijinya boleh diperah menghasilkan suatu minyak tidak berbau;[2][3] sisa perahan biji ini boleh dijadikan makanan untuk arnab dan ikan keli mahupun dijadikan baja.[3]